Kesan buruk teknologi kepada kehidupan manusia (golongan pelajar)
Pada zaman moden ini, terlalu banyak teknologi yang dibangunkan atas tujuan membantu manusia dan memudahkan kerja manusia seperti teknologi komunikasi, teknologi maklumat seperti Internet, teknologi pertanian dan pelbagai lagi teknologi moden.
Teknologi memberikan perubahan dan impak besar dalam kehidupan seharian kita. Dapatkah anda bayangkan kehidupan kita tanpa teknologi yang kita nikmati pada hari ini? Remaja tanpa facebook, pelajar tanpa komputer, dunia tanpa satelit. Kepentingan teknologi tidak kiralah teknologi maklumat, teknologi ketenteraan, teknologi pengangkutan, teknologi pembuatan dan teknologi makanan setiap satunya menyumbang terhadap kemaslahatan manusia sejagat.
Lihat saja impak revolusi perindustrian pada masa kini jika mahu dibandingkan dengan teknologi pada tahun 80-an. Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat masa kini jika hendak dibandingkan dengan kehidupan kita 20 tahun lampau. Ini kerana dengan wang kita boleh mengecapi setiap teknologi yang wujud pada masa kini.
Lihat saja pelajar kita yang menuntut di universiti mahupun masih di bangku sekolah yang banyak bergantung terhadap teknologi maklumat iaitu Internet untuk mencari maklumat bagi melakukan tugasan mereka yang diberikan guru ataupun pensyarah.
Mengimbau kembali era sebelum tahun 90-an di mana buku dan bahan bacaan menjadi aset penting kepada pelajar untuk mencari maklumat dan mentelaah pelajaran. Tetapi kini senario tersebut berubah apabila Internet menjadi sumber rujukan utama berbanding buku. Buku-buku di perpustakaan kini hanya menjadi pameran, ia tidak digunakan dan dibaca.
Sebenarnya, dengan membaca buku seseorang itu dapat menerima input yang menyeluruh dan holistik kerana untuk mencari maklumat terperinci seseorang itu perlu membaca dengan lebih teliti jika dibandingkan dengan mencari maklumat di Internet yang mengetepikan maklumat sampingan yang disangka tidak penting dan hanya mencari maklumat perlu saja.
Hal ini menyebabkan pelajar kita pada masa kini kurang membaca buku dan akibatnya budaya membaca semakin luntur. Jadi tidak dapat disangkal lagi teknologi maklumat menjadikan manusia malas membaca buku.
Kehidupan sosial manusia terjejas kerana teknologi. Teknologi komunikasi yang diledakkan dengan penciptaan pelbagai alat komunikasi seperti telefon pintar, komputer tablet dan komunikasi tanpa wayar seperti wi-fi, Internet mudah alih dan penciptaan laman sosial yang digilai warga dunia contohnya Facebook, Twitter dan Yahoo Messenger dapat menghubungkan manusia dari seluruh pelosok dunia tanpa perlu keluar atau bergerak dan ia lebih menjimatkan namun kesan sampingannya terhadap kehidupan manusia amat besar.
Manusia memperuntukkan banyak masa mereka melayari laman sosial berbanding bergaul sesama ahli keluarga, jiran dan komuniti setempat. Ini menunjukkan teknologi komunikasi dan laman web sosial menyebabkan manusia malas bergaul dan hanya bergaul bersama teman maya mereka.
Aktiviti fizikal di luar rumah seperti bersukan dan beriadah kini tidak lagi menjadi agenda utama harian. Seluruh kehidupan kita mula berubah kepada tabiat yang kurang baik kerana generasi masa kini lebih gemar menghabiskan waktu riadah mereka dengan hanya terperap di rumah tanpa melakukan aktiviti melibatkan pergerakan.
Kembali kepada perkara paling asas iaitu teknologi dicipta untuk memudahkan manusia melakukan pekerjaan. Namun, kini timbul stigma bahawa teknologi menjadikan manusia malas. Ironinya di sini kita menyalahkan teknologi padahal kita yang mencipta teknologi untuk memudahkan kerja. Perkara sebenarnya amat nyata iaitu manusia sememangnya malas.
Langkah/cadangan:
1. Bersosial di luar alam maya. Kehidupan manusia tidak berkisar didalam dunia internet semata-mata, sebaliknya kawan atau saudara-mara kita yang wujud di hadapan mata kita perlulah dirapati secara berhadapan untuk mengukuhkan tali persaudaraan sesama insan. Pertalian yang diraih secara maya akan terputus sekiranya talian internet terputus, dan ini tidaklah menjadikan seseorang manusia itu manusia sekiranya beliau bergantung sepenuhnya kepada internet untuk bersosial.
2. Tidak mengharapkan sumber daripada internet 100% (bagi mahasiswa/pelajar). Mahasiswa seharusnya memanfaatkan sumber rujukan daripada jurnal, buku dan rujukan ilmiah lain seperti makalah untuk membuat tugasan yang diberi pensyarah. Mereka tidak seharusnya bergantung kepada internet 100% kerana 90% daripada sumber rujukan di internet tidak diketahui kesahihannya dan boleh diubah sewenang-wenangnya tanpa penapisan. Internet sepatutnya menjadi rujukan terakhir pelajar sekiranya tiada langsung rujukan yang ada.
3. Gunakan internet bila perlu sahaja. Internet boleh menjadi "madu" kepada penggunanya yang bijak menggunakannya dan boleh juga menjadi "racun" kepada penggunanya yang tertipu dengan apa yang disediakan oleh Internet. Pemikiran manusia itu sendiri yang penting dalam menentukan sejauh mana Internet itu berguna bagi individu itu sendiri.
4. Teknologi membantu manusia tetapi manusia juga perlu mengawal teknologi. Perkembangan teknologi yang pesat seharusnya membawa kepada perkembangan pesat manusia dalam bidang-bidang yang penting seperti pendidikan, kewangan, perindustrian dan sebagainya. Pihak kerajaan seharusnya mengetatkan kemasukan lambakan teknologi yang semakin mengganas ini. Ini tidak bermakna teknologi ini terhenti, tetapi dikawal untuk mengelakkan lambakan teknologi yang tidak berguna untuk masyarakat.
5. Masyarakat seharusnya memanfaatkan internet untuk kesejahteraan sejagat dan bukannya menggunakannya untuk memudahkan kehidupan secara ekstrem atau untuk menjatuhkan maruah orang lain dengan kadar segera. Pertambahan penggunaan bahan berasaskan teknologi untuk tujuan ini perlu disekat sepenuhnya oleh kerajaan.
Omar Shaheran Bin Zainudin
ReplyDeleteA128243
Saya merasakan isu ini amat menarik kerana, remaja zaman kita segala-galanya mecari sesuatu info atau membuat "assignment" bagi memudahkan mereka. Akan tetapi, ianya tidak bagus dan info yang dicari itu kadang kala tidak berkualiti.
Oleh itu, ianya perlu di atasi dan dicegah dengan lebih awal bagi membolehkan ianya tidak berleluasa dan makin teruk.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan isu yang saudara Azman kemukakan. ICT memang banyak mendatangkan kebaikan dalam kehidupan kita tetapi ianya juga banyak mendatangkan keburukan. Masyarakat kita bergantung sepenuhnya dengan teknologi dalam rutin harian dan apabila berlaku masalah atau teknologi itu tidak berfungsi, mereka akan menghadapi pelbagai kesusahan. Oleh itu, sesuai dengan saranan-saranan yang saudara berikan, masyarakat kita harus mengurangkan kebergantungan dengan teknologi.
ReplyDeleteFROLINE AK MATTHEW
A129173